Friday 29 July 2011

KELAS BIMBINGAN QURAN


          Alhamdulillah. Kelas Bimbingan Quran,KBQ pada malam ini telah berjalan seperti yang dirancang. Ingatlah, kita sebagai hambaNYA hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan. Syukran jazilan ya ustaz kerana sehingga kini masih lagi mengajar kami di KBQ. Bagi peserta KBQ yang tidak dapat hadir kelas pada minggu ini dan minggu berikutnya, insyaallah ana akan sediakan nota ringkas berkaitan dengan tajuk yang telah dibincangkan di sini. Kelas pada minggu ini membincangkan hukum Mad.


HUKUM MAD


Mad adalah memanjangkan suara suatu bacaan. Huruf mad ada tiga iaitu : ا  و ي
Mad terbahagi kepada 2 jenis :

1. Mad Ashli / mad thobi’i
Mad Ashli / mad thobi’I terjadi apabila :
- huruf berbaris fathah(atas) bertemu dengan alif
- huruf berbaris kasroh(bawah) bertemu dengan ya mati
- huruf berbaris dhommah(depan) bertemu dengan wau mati
Panjangnya adalah dua harakat.
contoh :
2. Mad far’I
Mad far’i ini terdiri daripada 13 jenis :

1) Mad Wajib Muttashil
Yaitu setiap mad thobi’i bertemu dengan hamzah dalam satu kata. Panjangnya adalah 4 dan 5 harakat.
Contoh :
2) Mad Jaiz Munfashil
iaitu setiap mad thobi’i bertemu dengan hamzah dalam kata yang berbeza.
Panjangnya adalah 2, 4, atau 6 harakat.
Contoh :



                                                                                                                                               Bersambung...

No comments:

Post a Comment