Saturday 18 August 2012

Renungan di Hari Raya


Assalamualaikum..

Ramadhan telah pergi dan kini Syawal tiba lagi. Cuba kita renungkan amalan kita sepanjang di bulan Ramadhan,adakah ia diterima oleh Allah swt. Seharusnya kita meneruskan momentum beribadah di bulan Ramadhan di bulan-bulan yang lain juga. Jangan kita hanya menjadi hamba Ramadhan, iaitu hanya melakukan ibadah kerana bulan Ramadhan. Saya juga berpesan kepada diri dan rakan-rakan yang lain agar terus istiqamah dalam beribadat kepada Allah. 

Cuba kita renungkan hadis dibawah ini:

Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu sebagaimana kamu mencintai diri kamu sendiri” (HR Bukhari)
Di Hari Raya ini adakah kita pernah terfikir kepada saudara seislam kita yang teruk ditindas di Syria,Burma dan Palestin, pernahkan kita ambil kisah terhadap keadaan mereka, apakah usaha kita untuk membantu mereka. Seharusnya kita mengambil peduli akan keadaan mereka, janganlah kita berasa terlalu selesa dengan keadaan sekarang. Hal ini kerana keadaan yang berlaku di Syria,Burma dan Palestin berkemungkinan besar akan berlaku di Malaysia. Renung-renungkanlah

            Di kesempatan ini saya mewakili semua AJK Jabatan Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin,harap jika ada salah dan silap sepanjang menganjurkan program dapat memaafkan kami semua.

Monday 23 July 2012

Puasa kita sebagai ibadat @ adat semata-mata.



Ramai umat Islam pada hari hanya berpuasa sebagai adat sahaja bukan sebagai ibadat.
Orang yang menganggap puasa sebagai adat selalunya hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja
dan tidak berpuasa dari melakukan perkara yang ditegah syara' . Contohnya org itu berpuasa tapi tidak solat @ tidak tutup aurat.

Orang yang menganggap puasa ini sebagai ibadat bukan sahaja puasa dengan menahan lapar dan dahaga, tetapi juga berpuasa dari melakukan perkara yang ditegah syarak, memperbanyakkan amalan sunat seperti membaca Al-Quran.

Di bulan Ramadhan ini seharusnya kita merebut pelbagai ganjaaran yang dijanjikan Allah..

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah S.A.W bersabda: "Allah berfirman: Setiap amal anak Adam adalah untuk anak adam itu sendiri, melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu bagi-Ku dan Aku membalasi puasanya itu. Puasa itu bagaikan perisai; maka apabila seseorang kamu berpuasa,janganlah berkata kotor dan janganlah berkata kasar. Jika seseorang mencacinya @ menyerangnya, maka hendaklah ia mengatakan: Aku ini puasa.. (Hadis Riwayat Bukhari)

Thursday 19 July 2012

Salam Ramadhan, semoga kita sentiasa istiqamah dalam beribadah kepada Allah

Thursday 22 March 2012

 40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN

HADIS 4: ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw.
bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu
dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan
mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan
memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang
jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan
menyesatkan orang lain." (Riwayat Muslim)

Keterangan:
Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita.
Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini
tidak tepat berlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah
berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka
pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan
kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya, alim
ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi
ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.
Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman
yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal
sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik
pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan
yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari
ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.