Monday 28 March 2011

Alhamdulillah...Kelas Bimbingan Quran berjaya jua kita laksanakan.Sedar tak sedar, sudah lima minggu kelas ini berjalan . Tinggal lagi tiga kelas sahaja untuk semester ni. Sedih rasenye.Insya-Allah semester depan kalau ada rezeki harapnya kelas ini akan berjalan seperti biasa lagi.Meskipun bilangan yang datang ke kelas tidaklah ramai namun kami rasa bersyukur kerana kelas ini masih lagi mampu menarik hati sebilangan warga KSJ.Kami akui, kejayaan sesebuah program itu bukan bergantung pada kuanti peserta yang datang, tapi bergantung pada bagaimana seseorang peserta itu mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajarinya diluar. Semoga lebih banyak lagi program-program yang bertujuan membangunkan sahsiah muslim dapat dijalankan.Insya-Allah....

No comments:

Post a Comment